Sumber Alam, Penyembuhan Kuno Untuk Kehidupan Moden

Gritz Aromatherapy

Sumber Alam, Penyembuhan Kuno Untuk Kehidupan Moden

PERKONGSIAN FOUNDER: CARA PENJAGAAN LAMPU GARAM HIMALAYA


CARA PENJAGAAN LAMPU GARAM HIMALAYA
-
Batu garam mengandungi bahan “hygroscope” bermakna ia mengeluarkan cecair dari persekitaran. Oleh itu jauhkan ia daripada air. Letakkan di tempat kering atau hawa dingin pada setiap masa.
-
Jangan sesekali meletakkan lampu di kawasan luar yang terdedah pada cahaya. Ia akan menyebabkan batu garam menjadi lembap. Dengan memasang lampu membolehkan ia kering dengan cepat. Lampu batu garam boleh dipasang setiap masa untuk pengudaraan yang bagus.

Share:

PERKONGSIAN FOUNDER: TEMPAT SESUAI MELETAKKAN LAMPU GARAM HIMALAYA


TEMPAT SESUAI MELETAKKAN LAMPU GARAM HIMALAYA

1) Ruang tamu,  ruang makan terutama diruang tidur.

2) Ruangan bilik yang terdapat alat-alat elektronik seperti komputer, AC dan alat-alat elektronik.

3) Ruangan kelas atau ruangan bekerja

4) Klinik dan hospital atau bilik rawatan/terapi

5) Kawasan merokok

#gritzaromatherapy
Share:

PERKONGSIAN FOUNDER: KEBAIKAN LAMPU GARAM



KEBAIKAN LAMPU GARAM HIMALAYA
Lampu Garam Himalaya diperbuat dari bongkahan kristal garam yang terbentuk di dasar laut jutaan tahun yang lalu dan ditambang dari kaki pegunungan Himalaya. Himalaya adalah kawasan paling tenang dan tenteram di dunia, dan kerana itu ia dapat menghasilkan kristal garam yang paling baik. Lampu Garam Himalaya memiliki kemampuan untuk menghasilkan ion negatif. Ion negatif dihasilkan oleh wap air yang di serap dan kemudian diwapkan secara terus menerus.
Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh didapati apabila menggunakan Lampu Garam Himalaya, antaranya ialah:
1) Membantu meningkatkan kualiti dan membersihkan udara.
2) Dapat mengurangkan stress dan meningkatkan prestasi diri.
3) Menjadikan tidur lebih baik dan lena.
4) Meningkatkan tahap serotonin dan baik untuk peredaran darah.
5) Membantu meningkatkan pemulihan bagi masalah pernafasan dan mengurangkan alergi.
6) Meneutralkan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh peralatan elektrik.
7) Memberi ketenangan di dalam rumah atau pejabat.
8) Membantu mengurangkan keletihan dan membaiki mood.
9) Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi.
10) Meningkatkan daya tumpuan dan fokus untuk bekerja lebih lama.
Share:

PERKONGSIAN FOUNDER: GEJALA SOMATIK


#INFOGRITZ
Apa itu Gejala Somatik ?

Gejala fizikal yang disebabkan oleh masalah psikologi dan tekanan emosi seperti:
- Masalah tidur
- Sakit kepala
- Pening
- Sakit belakang
- Sakit dada
- Masalah penghadaman
- Sesak nafas
- Letih/lesu
- Sakit lengan/kaki/sendi

Sumber: Public Health Malaysia

#gritzaromatherapyhq #auraseriratugritzhq
Share:

PERKONGSIAN FOUNDER: HAPPY HORMONES



Happy hormon dalam badan kita ada empat jenis. Nak keluarkan semua hormon2 ni dalam badan, harus ada tindakan seperti senyuman yang ikhlas dimana ia akan keluarkan hormon serotonin. Iaitu hormon awet muda.
.
Bila kita bersyukur setiap kali bangun dari tidur, tubuh kita akan keluarkan hormon happy dopamine.
.
Bila peluk anak kecil, mak, ayah, suami dan adik beradik, tubuh kita akan keluarkan hormon kasih sayang pula iaitu oxytocin.
.
Atau tak pun, gunakan pati 7 bunga Haruman Seri Ratu untuk kesan yang lebih cepat. Titik kat tapak tangan lalu hidu sedalamnya then sapulah di belakang telinga dan tengkuk.
.
Hasilnya sangat luar biasa. You will become positive, loving and caring superwoman. 😇

#ritaomar
Share:

PERKONGSIAN FOUNDER: PANDUAN WARNA PAKAIAN


Hari Rabu, Hari Warna Biru...

Hari ni Kak Rita nak share pasal pilihan warna pakaian mengikut aura warna harian kita...

Tahu tak, warna2 juga dapat menyumbang aura positif kepada kehidupan seharian kita. Mengikut kata pakar aura, warna hari Rabu ialah hari Biru. 👗

Kenapa yer...?

Kata mereka, "Biru ialah warna komunikasi, suka bergaul, meluahkan idea dan niat serta penawar bagi penyakit atau racun."

Warna boleh membangkitkan aura dan menyerlahkan diri setiap orang. Lagi best kalau kita tahu warna aura diri sendiri.. 😅

Berbalik kepada tajuk kita, uolls semua boleh memakai pakaian berdasarkan warna atau frekuensi pakaian setiap hari. Warna2 ini mempunyai psikologi yang berbeza. Kak Rita percaya ia memberi impak yang baik kepada kita. Allahu'alam.. Jangan percaya tapi boleh cuba!

Jangan lupa segarkan diri anda dengan titisan wangian dari #auraseriratu setiap hari.

#ritaomar
Share:

PERKONGSIAN FOUNDER: TIPS MUDAH IBU BAPA UNTUK ATASI TANTRUM


Mesti setiap ibu-bapa pernah alami situasi di mana anak-anak meragam, tidak kira di rumah atau di tempat awam kan?
-
Tantrum ialah tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul.
-
Antara tip yang boleh digunakan untuk membantu ibu bapa mengendalikan si kecil yang sedang 'tantrum' adalah seperti berikut:

1) Guna minyak pati yang sesuai
Gunakan minyak pati yang boleh mengawal 'tantrum' seperti gabungan beberapa jenis bunga untuk yang boleh menenangkan dan mencegah amarah yang tidak terkawal contohnya Aura Seri Ratu Gritz. Kemudian, ia boleh terus disapu di kawasan tengkuk, belakang telinga, dada, telapak tangan dan kaki.

2) Bertenang
Pekikan dan jeritan anak anda mungkin membuatkan anda rasa marah, kecewa dan malu jika ia berlaku di hadapan orang lain. Bagaimanapun, anda harus bertenang dan tidak susah hati. Ingat bahawa perkara ini juga berlaku kepada ibu bapa lain.

3) Diet – pemakanan anda
Diet yang sihat lagi seimbang boleh meningkatkan mood anak-anak anda. Ibu bapa diminta untuk lebih menghidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai makanan rutin.

4) Pastikan anak cukup tidur
Fahamkan anak-anak bahawa kurang waktu tidur akan membuatkan mereka sentiasa meragam. Anak-anak yang kurang selera makan dan tidak cukup zat juga tidak dapat bekerjasama dengan mudah.

Selamat mencuba ibu bapa semua! 💕
Share: